Persenjataan Minangkabau

Oleh Mohd Shafiq Mohd Ali – Minangkabau merupakan salah satu etnik Melayu yang tinggal di kawasan Sumatera Barat. Pengalaman etnik ini berperang sesama mereka dalam perang Padri yang disebabkan oleh pergeseran yang terjadi antara pihak Adat dan juga pihak Agama. Selain itu, orang Minang juga mempunyai pengalaman dalam berperang dengan Belanda. Betapa sukarnya Belanda untuk menewaskan orang Minang ini sehinggalah seorang kapten Belanda, Kapten Hendrix menulis sebuah catatan yang kemudian dibukukan untuk menjadi bacaan wajib kepada setiap tentera Belanda yang akan dihantar berperang ke Sumatera.